Thursday, August 24, 2017

Siri Tadabbur : A selfless Al Aadiyat سورة العاديات

Of a selfless horses.
Do we ever think
Towards being a selfless human

Being selfless, because in the hereafter, we gonna be selfish

Baris baris ayat ini, mengingatkan aku tentang kisah seekor makhluk yang sangat dibanggakan Allah di dalam kitabNya.

Tepatlah ketika mana surah Al-Aadiyat ini diturunkan ketika fasa Mekah, orang Arab sangat suka akan hiburan dan peperangan. Maka Allah menggunakan uslub dakwah menarik perhatian mereka melalui perkhabaran tentang kuda perang yang sangat dikagumi.

Dalam surah ini, Allah begitu bangga akan makhluk yang sangat taat kepada 'tuan'nya. Ya itulah sang aadiyat kuda betina .




"Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah"

Kuda betina pada hakikatnya lebih laju, kencang dan sesuai digunakan ketika peperangan. Kuda ini akan mara ke depan, tanpa menoleh dan terganggu oleh persekitarannya. Dia bersungguh-sungguh, jujur dan buat sepenuh hati. Bukannya asal siap. Perkataan dobha menggambarkan bunyi degupan dan mulut apabila kuda berlari terlalu laju. Terlalu laju.

"dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),"
Disebabkan dia berlari terlalu laju, maka terhasillah percikan api melalui geseran kukunya dan batu yang keras. Meskipun sakit namun tidak dipedulikan kerana taat pada tuannya. Orang yang berbuat betul-betul all out, pasti akan meninggalkan bekas. Macam kuda ni.

"dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi"
Aadiyat akan menyerang pada waktu subuh. Bukan berlari yang sebarangan hingga dikhabarkan ia akan menyerang hendap dan berada di atas musuh. Boleh je dia memilih untuk menyerang pada waktu malam yang gelap dan pekat untuk memudahkannya menyerang musuh. Entahlah, kalaulah manusia disuruh berbuat demikian, seribu macam alasan diberi. Penat, tak ready, nanti la. Tapi kerana patuhkan tuannya, sang kuda ni tak beralasan dan terus mara.  Ia sedia dikerah bila-bila masa tuan dia mahu. Kita?

"maka ia menerbangkan debu"
Akibat gerakan yang terlalu laju, maka naiklah habuk-habuk ke udara. Kabus. Kabur. Menyukarkan untuk pihak musuh melihat.

"dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh"
Ia akan melompat dan menembusi ke tengah-tengah perkumpulan musuh, tanpa ragu sedikit pun. Sifat orang mukmin bila berjuang akan terkedepan, bukan penakut dan hanya menjadi penonton. Kalau kita ? Mungkin takut-takut dan hanya menunggu orang lain berbuat baru kita nak buat.

"sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya,"
Dan begitulah selepas begitu banyak yang diceritakan Allah tentang makhluk aadiyat nya dengan penuh rasa bangga, maka ayat ini menempelak manusia pula kerana ingkar pada Tuhannya.

Kuda perang yang sangat patuh pada tuannya,
vs manusia yang sangat ingkar pada Tuhannya.

"dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya"
Mereka memang menyaksikan bahawa diri mereka sendiri tidak bersyukur. Tidak setia pada Tuhannya, Bahkan dia adalah testimoni terbaik bagi dirinya.

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, (Qiyamah :14)

"dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta"
Kepada apa yang mereka cinta tu, mereka sangat syadid. Sebab mereka fikir itu adalah kebaikan (خير ) bagi diri mereka.

"Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur"
Apa yang ada dalam kubur akan digoncang, dibongkar untuk dikeluarkan segala isinya. Segala penyakit hati, semua akan dibongkar oleh Allah sendiri.

"dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada"
Dikeluarkan apa yang ada di dalam dada manusia.

"sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka."
Pada hari itu(kiamat), Tuhannya akan sangat kenal dan tahu dengan teliti akan perihal hambaNya.

Hebat
Hebat sangat kekuatan dan cara Allah describe tentang kuda perang ni. Baik pada hal penunggang kuda dan juga kuda tu sendiri
Kekuatan akidah yang ada pada sang penunggang, berani ,menggempur dan tak takut mati.
Kekuatan jiwa, ketangkasan dan ketaatan yang dimiliki sang kuda.

Malu.
Sumpah malu
Melihat diri sendiri yang kononnya makhluk terbaik tapi dikalahkan oleh kuda yang benar-benar submit pada tuan yang dah jaga dia dari kecil, asuh, latih dan beri makanan serta keperluan mencukupi.
Padanlah kita panggil kuda perang ni selfless.
It doesnt have a soul. It doesn't have something called ' self '
Dia tak defend kehendak diri dia depan tuan dia.
Boleh je dia nak rebel, tak nak ikut, malas dan beralasan.

Tapi manusia ?
Selalu nak defend kehendak diri dia
'Aku dah memang macam ni"
"Aku tak boleh berubah"
"Ikut suka aku lah"

Seolah-olah kita lah tuan kepada diri
Lupakah bahawa diri kita ni bukan kita yang punya?
We have nothing called SELF
Semua kena ikut neraca Allah
Tapi itulah kita, sangat sangat ingkar kepada Tuhannya

Lihatlah watak seekor kuda perang.
Dia dibiarkan buas dan tetap liar walaupun berbahaya kerana sikap ini diperlukan ketika berperang.
Kalaulah dia jinak, dia akan takut dengan manusia. Macam mana nak ambush kalau diri sendiri penakut?
Sifat-sifat yang tidak diperlukan ketika berperang, dia harus buang
Sebab tu lah,  satu-satunya latihan pada kuda perang adalah disiplin dan patuh pada tuannya.

Macam tu juga manusia
Sifat-sifat yang bertentangan dengan neraca dan kehendak Allah,
Ia harus dibuang !
dan hanya sifat yang Allah nak, akan stay dalam diri.

Kalau kuda tu boleh dilatih untuk patuh, mengapa kita tidak?
Tarbiyah al Quran akan mengubah kita. Sedikit demi sedikit.

Sehebat mana pun trainer kuda tu, kalau kuda tu sendiri tak rela dan tak sedia dilatih, tetap takkan berjaya.
Sehebat mana pun kita, hebat macam mana pun orang yang datang nak ubah kita. tetap takkan berjaya kalau kita sendiri tak sedia berubah.

Jadi pilihlah,
untuk taat atau ingkar?

Sunday, May 28, 2017

Hamba Muttaqin , celupan Ramadhan

Ramadhan satu, satu empat tiga lapan hijrah

Setiap kali Ramadhan menjelma , seakan akan ada satu semangat baru yang menjengah ke dalam diri. Sukar untuk dimergetikan apa dan mengapa. Tapi aku mengakui hadiah daripada Tuhan ni tak patut disia-siakan. Ada sesuatu yang kita harus pelajari dari pembelajaran sekolah Ramadhan

Ianya adalah lebih dari sekadar menanti juadah apa akan dihidang untuk berbuka
Ianya lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga tengelamnya di senja hari

Dan bagi kita
Tentu adalah niat - niat suci yang kita sematkan dalam hati untuk kita berusaha ke arah nya sepanjang sebulan yang singkat ni

Ramadhan
Apakah itu Ramadhan?

Menurut Syeikh Syaukani dalam kitabnya Fathul Qadir, Ramadhan membawa dua maksud. Pertamanya panas dan terik matahari yang lebih dari bulan-bulan lain. Bumi menjadi lebih kering, matahari terasa lebih membakar.. Dan jikalau kita tak bersahur di bulan Ramadhan, penatnya seakan lebih lagi dari bulan lain ketika kita berpuasa sunat. Kurma akan masak dengan lebih ranum.

Dan Ramadhan juga bermaksud bermacam jenis kemaksiatan yang dibakar dengan ketaatan yang kita lakukan.

Ayat al Quran yang menyebut tentang puasa ini sangat mashyur. Sering kali dikupas, diulang dan dikongsi dalam corong corong radio, pentas pentas ceramah dan helaian kertas.

" Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.."
( al baqarah : 183)

Apa kaitan Ramadhan dan Taqwa?

La'allakum tattaqun- supaya kamu bertaqwa.
Perkataan la'alla tu menurut istilah nahu adalah sesuatu yang mungkin terjadi tetapi tidak semestinya akan terjadi. Bila kita mengimani ramadhan itu akan menghasilkan taqwa. Kita juga harus mengimani dalam ayat ini. Taqwa tu bukanlah sesuatu yang PASTI semua orang berpuasa akan dapat. Tapi ia adalah ayat harapan, ".. mudah mudahan kamu bertaqwa.."

Ramadhan ni boleh diumpakan seperti sebuah madrasah, sebuah sekolah. Ia adalah satu kursus intensif yang mana semua orang beriman wajib pergi kursus ni. Analoginya semua pelajar tingkatan 5 akan mengambil peperiksaan SPM. Dan lepas habis peperiksaan, semua orang sama ada gagal atau berjaya mereka akan keluar dari sekolah tu. Sebagai seorang alumni.

Sama juga dengan Ramadhan. Ia adalah sebuah madrasah. Dan ia akan menghasilkan dua jenis alumni. Kita semua puasa, berbuka dan sahur pada waktu yang sama. Menjalani sillabus yang sama. Bahan mengajar yang sama. Tapi akan ada alumni puasa yang gagal, ada yang berjaya.

Akan ada yang berjaya mencapai darjat taqwa
Akan ada yang gagal
Tapi harapan Allah adalah supaya kita berjaya.

Lalu jika gagal, apakah yang boleh diharapkan untuk bertahan pada 11 bulan akan datang ?

Ramadhan bulan ibadah. Senang sekali nak beribadah pada bulan ni. Mood mood yang ada pun adalah mood beribadah. Kalau pasangan yang bercinta akan duduk renggang renggang, nak buat maksiat rasa takut. Nak tengok cerita seksi sikit pon sanggup mujahadah. Rokok tak disentuh. Lidah akan dijaga. Tangan dan kaki cenderung untuk pergi ke tempat yang baik baik sahaja.

Mengapa ? Sebab ia adalah bulan untuk melatih diri kita patuh pada perintah Allah
Taqwa ni satu je yang kita kena pegang. sensitiviti untuk buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang.

Buat semua benda yang Allah suruh.
Tinggal semua benda yang Allah larang.
Titik.

Ketika puasa la semua ini dilatih
Lidah kita haus mintak diiisi air. Iman akan berkata " patuhlah perintah Allah"
Mata kita memberontak minta nak tengok benda bukan-bukan. Iman akan berkata " patuhlah perintah Allah"
Anggota kita akan meronta dan nafsu mula memberontak
Tapi iman kita akan berkata, " diamlah!! patuhlah perintah Allah"

Itulah yang membuatkan orang beriman ni boleh 'berpuasa'
Dan untuk membuktikan sebenarnya kita boleh je kawal hawa nafsu kita
Kita boleh je. Sangat boleh. Ramadhan membuktikannya
Malam kita yang selalunya dihiasi dengan kemalasan tapi ketika Ramadhan kenapa boleh je taraweh lama-lama?
Tiada satu bukti pun yang membuktikan hawa nafsu kita boleh menguasai diri kita, kecuali bagi orang yang merelakannya.

Dan ketika ramadhan inilah. Neraca taqwa itu berada di puncak
Bersedia untuk meresap dalam hati nurani kita sebagai bekal bulan akan datang yang lebih mencabar
Pabila masuk bulan syawal dan seterusnya, tiada lagi kewajipan puasa
Tiada lagi mujahadah bangun sahur
Tiada lagi perjalanan malam yang lama

Di saat itu, adakah kita masih bertahan untuk mencapai taqwa?

Dan bila disimak, ayat Ramadhan dan Taqwa ini dikaitkan dengan Al Quran.
Ramadhan sinonim dengan Al Quran. Bukan sahaja terkandung malam nuzul Quran bahkan mengandungi malam Lailatul Qadr
Mengapa Al Quran ni terbaik untuk diturunkan pada bulan Ramadhan
Terbaik di baca di bulan Ramadha

Hanya kerana satu sebab

Naluri ketaqwaan sangat tinggi pada bulan ini
Manusia berlumba untuk mengerjakan suruhan Allah dan tanpa kompromi bersedia meninggalkan larangannya

Mereka punya taqwa
Dan itulah syarat pertama , al quran boleh tembus ke hati - hati manusia
Untuk mengambil al quran, dan untuk quran memberi fungsinya sebagai mukjizat.
ia punya pra syarat

" inilah kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa'
(al baqarah :2)

Nah, syarat pertama dalam surah yang terawal ni sangat ketat. Hanya orang bertaqwa layak mengambilnya sebagai petunjuk. Dan sinonimlah mengapa taqwa yang dibina ketika Ramadhan menjadikan Quran sangat berbekas di hati pembacanya.

Kerana sebelum membacanya. Syarat itu sudah ditunaikan. Pembacanya telah berusaha untuk mejaga taqwa sebelum mencari apa lagi perintah Allah yang belum ditunaikan.

Itulah kaitan antara Puasa - Taqwa - Al Quran

Dan untuk persediaan menempuh bulan yang akan datang. Kita yang keluar sebagai graduan taqwa inilah yang akan berterusan mengambil manfaat dan berinteraksi dengan ayat Allah.

sumber : Fi Zilal Quran Surah Baqarah

Monday, January 30, 2017

Dzatiyah Dakwiah

Dzatiyah Dakwiah
Apa yang membezakan amal ini daripada Tarbiyah Dzatiyah?
Lihat lah perkataan Dzatiyah yang berada di hadapan terlebih dahulu

Dzatiyah ini adalah faktor penolak yang wujud dalam diri manusia. Tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran. Dan ia boleh dikatakan sebagai potensi yang wujud dalam setiap manusia.

Iya, setiap manusia pasti ada. Seperti yang disebut Allah Azza Wajalla di dalam surah Al A'raf :179

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Aneh, Bukankah manusia itu sifatnya mewarisi syurga?

"Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya" (Al Mukminun :11)

Tapi mengapa disebutkan juga manusia ni bakal menghuni neraka Jahannam?

Nah, jawapannya disebabkan dia tak menggunakan potensi yang dia ada, untuk Islam.

Potensi diri yang wujud dalam diri semua khalayak manusia ini adalah mata, telinga dan hati. Ia tidak digunakan sebaiknya untuk dakwah dan tarbiyyah. Bahkan digunakan untuk kemaksiatan.


Keadaan para du'at sekarang..

1. Majoriti dari kalangan para pendakwah, du'at dan ikhwah, mengikuti dakwah dari suasana jamaie.

Satu soalan yang wajib ditanya pada diri masing-masing

" Kalau aku berseorangan, adakah aku masih buat dakwah ini?"



Mari kita lihat kisah para Ikhwan Muslimin saat kekejaman Jamal Abd Naser rakus mengusir dan membuang ikhwan ke negara lain. Ada yang dibuang daerah, ada yang dibuang negeri, dan paling menyedihkan hingga terpaksa berhijrah ke negara lain kerana cengkaman dan kerasukan pimpinan taghut. Ada seorang Ikhwan yang telah berhijrah nun jauh di Pulau Tawi-Tawi, Filipina. Bayangkan, sebuah pulau terpencil. Macam tak pernah dengar nama tu . Bahasa asing, muka ganjil. Dan masih tegar mengembangkan dakwah di sana.

Itulah mindset yang wajib ada dalam diri semua du'at. Bahawa kita takkan selamanya ada di waqie, takkan selamanya ada di negeri kita. Tapi apa yang pasti adalah kita wajib bersedia untuk dicampak kemana pun. Jadi macam biji benih yang bersedia untuk tercampak ke tempat yang dibawa oleh angin.

2. Tolakan jemaah banyak membantu kita bangkit, bangun dan bertahan
Terlalu banyak kisah untuk dihidangkan, betapa ramai supporter yang akan setia menenangkan, memberi kata-kata semangat, menunjuk jalan dan langkah di saat kita terasa berat dengan dakwah. Namun pernah tak terbayang satu hari nanti, semua tu akan hilang?

Iya, tiada lagi murabbi depan mata
Tiada lagi usrahmate tempat mengadu masalah
Tiada lagi sharing-sharing basah dari ikhwah dan akhwat yang lain
 Lalu, di saat itu masihkah kita tegar dan tetap setia dengan dakwah?

Kerana seerah pernah membuktikan. Betapa ramainya orang yang lari dari dakwah, apabila tiada lagi tolakan dari orang lain. Tiada lagi pujukan dan kata-kata manis kader dakwah yang lain. Hatta semasa Nabi wafat, berduyun-duyun ramainya Muslim yang murtad dan lari dari perjuangan. Hingga yang tinggal adalah mereka yang dzatiyahnya benar-benar jelas kerana Allah.

3. Biah punca kita mudah beramal
Kewujudan Rumah Islam (RI), markaz, dan tempat-tempat yang memudahkan kita beramal, menghimpunkan jiwa2 yang ditarbiyyah ini, satu hari akan hilang. Lalu, tanpa biah, masih mudahkah untuk beramal?



4. Bersama-sama dapat jadikan kita tahu
Kita banyak dibantu oleh ikhwah yang lain. Bedah tafsir sana sini. Bedah buku berhari-hari. Bedah bahan itu, bedah bahan ini. Sehingga menjadikan kita lebih tahu banyak benda. Banyak manfaat yang dapat diambil dari perkongsian (taujihat) orang lain.

Lalu ,
Masalah sebenar akan berlaku ,
Apabila kita keseorangan.

Pilihan yang ada. Adakah masih berbuat di saat yang tinggal hanyalah diri sendiri dan diri juga lah yang harus memilih.

Itulah dzatiyah.

Dalam Al Quran , jelas menceritakan beberapa kisah figura yang mempunyai dzatiyah dakwiah yang kuat.

Kisah Hud-Hud (Surah An Naml)
Dia terbang sendirian dari daerah kerajaan Sulaiman mencari manusia yang masih tidak menyembah Allah. Lalu dijumpai kerajaan Balqis yang masih mensyirikkan Allah dan tak berpegang dengan agama tauhid. Hud-hud, hanya seekor burung kecil. Yang kudratnya taklah sekuat manusia. Namun disebabkan perasaan dan keinginan yang kuat, rela terbang beribu batu mencari mad'u

Kisah Rijal Yas'a ( Surah Yasin )
Kisah seorang lelaki dari hujung kota yang bersegera menemui kaumnya dan menyeru mereka supaya beriman. Hakikatnya dia hanya lah seorang tukang kayu (Habib An Najar). Tiada pangkat dan kemuliaan, yang ada hanyalah perasaan kasihkan umat dan tak sanggup melihat mereka kufur. Tiada siapa yang menyuruh. Malah sanggup mengambil risiko dibunuh

Kisah Mus'ab bin Umair
Tidak ada satu pintu pun yang tak diketuk di Madinah untuk menyampaikan La Ilaaha Illallah. Seorang pemuda yang sanggup melepaskan kekayaan dunia semata mata demi dakwah

Nah, begitu Quran mengajar kita

Dan mengapa Dzatiyah dalam Dakwah sangat penting ?

1. Allah pertanggungjawabkan segala amalan baik atau buruk, secara FARDHI (sendirian).
Semua balasan baik atau buruk, wajib tanggung dan wajib jawab sejak mukallaf. Jika ditanya, seberapa banyak disebut perkataan solat dan dakwah dalam al Quran? Tanggungjawab mana yang lebih banyak disebut? Maka yakinlah, seperti mana tiada siapa boleh tinggalkan solat, seperti itu juga umat islam tak boleh tinggalkan dakwah.
Sebab ia wajib!

Dalam Al Quran, 212 ayat cerita tentang solat. Di sana sini orang buat kursus untuk solat, bagaimana solat khusyuk, bagaimana solat sempurna. Which benda ni sangat bagus. Tapi alangkah bagus, jika manusia menitik beratkan persoalan dakwah persis seperti solat. Ada 587 ayat Quran yang ternyata lebih banyak dari solat, bercerita tentang dakwah !

Kalau kita sakit teruk mana pun tetap wajib solat, nah begitu juga dakwah.
Keadaan apa sekalipun, kena buat. Tiada kompromi, tiada alasan.

2. Setiap orang akan dihisab di Yaumul Akhir, secara sendirian

Lihat surah Maryam :88-95

Jangan berasa bangga dengan kerja yang dilakukan secara amal jamaie. Jika tiada langsung usaha kita di dalamnya. Kita takkan selamanya boleh berbangga dengan hasil yang telah berjaya dicapai hasil kerja berjemaah. Sedangkan kita sendiri tahu usaha kita tiadalah setara mana bahkan mungkin kita tidak berusaha pun.

Bersegera kepada Taat (Mubaadarah Ila Taat)
Dalam feqah , tidak boleh langsung bagi peluang kepada orang lain untuk mendahului kita dalam urusan ibadah. Tidak boleh langsung berpaling pada amal atau kata-kata orang lain. Jangan sampai disebabkan orang lain tak nak buat, maka kita pun tak nak.

Sebab itu, fastabiqul khairat ni Allah guna term fastabiq.
Berlumbalah kamu!

Mana ada orang yang nak kalah dalam any pertandingan
Semua pun mesti nak menang,

Jadi dzatiyah dakwiah ni akan melahirkan du'at yang sentiasa bersegera dalam dakwah. Sebab, ia adalah cara paling berjaya untuk menyebarkan agama dan akidah ini. Ini lah cara Nabi mentarbiyyah para sahabat. Hingga hari pertama masuk Islam pun, mereka sudah mampu mengetuk rumah orang dan mengajak mereka kepada Islam. Sebab mereka tahu, makin mereka make effort untuk sebarkan Islam, makin banyak saham akhirat mereka dapat.
Mereka tak tunggu orang lain buat
Tak harapkan orang lain
Semua atas inisiatif diri sendiri. Tak tunggu diketuk!

Dzatiyah Dakwiah juga akan melahirkan orang yang tak terlalu rigid dengan planning. Sesetengah dari kita hanya menunggu proper plan baru nak buat. Sepatutnya, buat je dulu. Menunggu kesempurnaan hanya akan menangguhkan amal.

Orang yang bermubaadarah akan mendapat begitu banyak keistimewaan dari segi pembinaan diri sendiri, pengalaman dan kematangan. Dan satu saat dia akan sedar, betapa sifat mubaadarah ni akan menyebabkan dia mendapat pahala yang begitu banyak di sisi Tuhan

Sesiapa yang bersegera beramal dalam kehidupan dunia,
Maka Allah akan menyegerakan dia melintasi titian Sirat.

Sejauh mana kita benar-benar berbuat atas tolakan iman?
Atau masih mengharapkan makhluk.

Moga bermanfaat



MUKTAMAR KITA
28 Januari 2017, USIM



Saturday, January 7, 2017

Hati sekokoh Badar, Uhud dan Ahzab

Tahun baru 2017
Dan post yang diharapkan aku bisa istiqomah.

Malam ni, jujur aku rasa sungguh kerdil di hadapan Tuhan
Benda yang aku sangat struggle kan
Menjadi struggle terbesar seseorang yang kemudian datang dalam hidup aku
Dan dia kata
" Akak, tolong saya"

**************************
Berserakan kedudukan dan posisi sahabat di medan perang
Sungguh Uhud, Badar dan Ahzab menjadi saksi
Ada yang digilis kuda, ada yang dikelar kulit
Darah,debu, peluh memercik ke tanah dan tubuh

Ya , itulah dia medan pembersihan para sahabat
Siapa kata sahabat tiada dosa yang mahu dibersihkan?
Tiada cela yang harus diperbaiki?Tapi begitulah cara Allah memperbaiki kesalahan yang lama bersarang akibat ikut-ikutan tradisi nenek moyang
Sifat-sifat yang langsung tak diingini Allah akan diperbaiki satu persatu, dengan al Quran.

Turun sahaja satu ayat, terus beriman para sahabat.
Dan medan peperangan adalah medan terbesar mereka ditegur direct
Badar menjadi medan pembersihan dari perasaan tamakkan harta dunia
Uhud menjadi bukti adakah setia dengan janji dan tak kabur dengan ghanimah(harta rampasan perang)
Ahzab pula berkisar adakah masih teguh dan tidak bersangka yang buruk pada Allah di saat hati mereka digoncang dengan goncangan yang maha dasyat.

Disingkap satu persatu jahiliyah yang bersarang dalam hati mereka. Hatta dalam Quran tanpa segan disebut siapa si fulan yang terjebak dalam dosa itu.Sebenarnya aku selalu rasa cemburu , dengan mereka yang jelasnya disebut dalam Quran atau Hadis. Betapa mereka bersyukur ditegur AWAL. Dan sempat untuk mengucapkan kata taubat sebelum tibanya hari di mana takkan diterima permintaan maaf dan ampun. Berbanding dengan kita, entah betul atau tidak apa tindakan yang kita buat ni. Kalau tak ditegur, lalailah sampai mati.




Umar ditegur
Abu Bakr ditegur
Lelaki yang berhijrah kerana ingin menikahi wanita yang ikut berhijrah itu disebut-sebut
Abu Dzar ditegur
Kaab bin Malik pun tak terlepas

Jadi, apa sebab kita nak rasa ralat bila Allah tegur kita?
At least Allah tak mention nama kita dalam Quran. Sebab Dia sangat tahu, kesalahan yang generasi terdahulu pernah lakukan, kita pun akan cenderung untuk buat. Itulah manusia kan. Mengapa menyalahkan ujian sedangkan hanya ujian akan mebuktikan adakah kita benar-benar beriman.

Aku sendiri tak jamin hati aku akan sekuat mereka , kalaulah aku hidup di celah-celah sahabat yang hidupnya warna warni dengan ujian.

Bila mana kita kata rindu diperhatikan, maka rinduilah juga untuk diuji, kerana itu tanda perhatian Tuhan pada hambaNya.

Dan itulah satu  sebab mengapa kalau diberi pilihan untuk menjadi hamba yang sebagaimana, aku nak pilih untuk jadi hamba yang betul-betul rapat dengan Quran. Sebab aku tahu, aku takkan dapat mendengar suaranya bila aku masih hidup kat dunia ni. Hanya Quran menjadi bukti dan mengandungi kata-kata Tuhan yang amat, amat, aku rindui.

Wahai generasi terdahulu
Kita telah pun terhubung oleh satu garisan masa. Dan dakwah ini tak akan pernah aku terfikir untuk melepaskannya. Kerna ia adalah cinta hatiku.


**************************
Dan aku hanya mampu balas
" Masih ada harapan , dan please jangan pernah putus asa dengan Tuhan"

Wednesday, December 21, 2016

Melepaskan hambatan hambatan dunia

Semakin lama, wajarlah semakin jelas kenapa kita masih memilih untuk berbuat
Sakit yang membahagiakan.

Apabila Allah mengkehendaki agama ini, dan pendokongnya hanya layak menggunakan segala apa yang ada di tubuhnya , mata, fikiran, jasad hatta dilunyai semahunya mengikut apa yang Allah mahukan. Totally apa yang Allah kehendaki.

Dan melepaskan kekuasaan nafsu ke atas diri
Melepaskan segala hambatan-hambatan dunia
Dari mengikuti langkah-langkah syaitan

Siapa kata ianya mudah untuk membuang segala attachment dunia
Kau kena buang dan kau kena move on

Sebab kita memilih untuk menolak AL HAWA'

Satu pilihan yang wajib. Sama ada memilih iman atau nafsu
Dan betapa ramai orang yang kalah dalam pertarungan untuk memilih
Kalah dengan nafsu sendiri
Termasuklah aku

Kalau lah kita yang mengaku membawa risalah ini tidak betul-betul bersih, maka Islam yang seperti apakah yang kita bawa pada manusia di luar sana ?

Satu persoalan yang amat sukar untuk ku ungkapkan

Allah arahkan kita agar jangan ikuti jejak langkah syaitan, khutuwat syaitan

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


Apa sebenarnya yang syaitan mahukan dalam diri kita?

Dia akan berusaha menonjolkan segala sisi jahiliyah kita, menggilapnya dan terus membuatkan kita ketagih dalam keasyikan jahiliyah. Terutama kepada para du'at

Dia akan datang dari segala arah

“Iblis menjawab: ‘Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’” (QS. Al A’raf : 16-17)

Datang dari depan untuk menakut-nakutkan kita pada perkara yang belum terjadi. Menjadikan kita terlalu risau atas kerja Tuhan. Dan melupakan tugas utama kita dilahirkan ke dunia. Dia akan mebuatkan kita lupa akan permasalah akhirat, (Min baini Aidihim)

Datang dari belakang yang mengingatkan kita pada masa silam kita. Dan menghambat kita untuk berbuat lebih. Sentiasa berada dalam ketakutan kerana risau atas pandangan manusia bila kita sudah berjinak untuk berubah. Membuatkan kita attached dengan dunia, mencintai dan takut untuk kehilangannya. (Wa Min Kholfihim)

Datang dari arah kanan untuk terus-terusan mengganggu kita dalam kebaikan. Hatta nak buat amal soleh pun takkan mungkin syaitan akan melepaskan kita begitu sahaja. Mengaburkan kita atas urusan-urusan agama. (Wa ‘An Aimaanihim)

Datang dari arah kiri dan membuatkan kita ingin berbalik kepada jahiliyah lama pabila ada masa sendiri dan masa lapang. Membuatkan kita senang dan tertarik pada kemaksiatan. (Wa ‘An Syama’ilihim)

Kadang-kadang kita tahu je benda tu adalah al Haq atau al Hawa'.
Tapi apa yang lompongnya adalah ketegasan kita dalam memenangkan yang mana
Kita yang sengaja tak nak fight untuk lawan syaitan tu dengan tegas

Syaitan yang wujud dalam alam ghaib
Akan mencucuk kita dalam angan-angan, emosi, perasaan, yang merupakan sesuatu yang ghaib
Yang kita memang x nampak
Tapi ia wujud
Dan kita yang memilih untuk dikuasai oleh syaitan , hatta membiarkan ia bermaharajalela dalam pembuluh darah tubuh sendiri

Kita yang sengaja tak nak syadid
Tak nak bertegas !
Sengaja memenangkan al hawa'
Sengaja tak nak sibukkan diri
Melayan sampah perasaan yang tak patut wujud
Leka, lalai dan tenggelam sampai lemas seorang diri

Sampai kita lupa, hanya neraca Allah yang layak digunakan dalam segala hal
Dan mengenepikan kehendak peribadi kita. Tajarrud lantas menanggalkan segalanya dan bersedia untuk ditarbiyah

Dan kita lupa, kita lah yang bertanggungjawab untuk memenangkan hak dan syariat Allah,
Supaya akhirnya kita akan diberi firasat orang beriman
Dan diberi furqan, kemampuan untuk membedakan antara hak dan batil

Cuma satu persoalannya
Kita sudah tahu
Tapi adakah cukup bertegas?


Sunday, June 5, 2016

Of surah tawbah dan ruhnya (9 : 111)

Dalam surah tawbah, surah ke 9 yang menjadi tanda tanya kenapa tiada lafaz basmallah di awal surah ini. Terselit satu monolog. Nah, mungkin ada sesuatu tentang ruh surah ini, surah yang banyak menempelak golongan munafiq, golongan yang mungkir janji dan tidak menepati apa yang dikatakannya saat waktu genting. Dan juga menceritakan kisah taubat Si Kaab bin Malik yang sangat menguji bukan saja dia tapi Rasul dan sahabat.

Bila kita go through satu ayat special dalam surah ni, insyaAllah kita sama2 dalami beberapa sumber rujukan sahih yang menguatkan lagi kefahaman kita untuk terus berbuat

Kalau kita tengok dengan pandangan mata kasar, basically semua manusia yang baca Quran boleh jangka dan nampak yang ayat ni nak cerita tentang jual beli. Dia bukan jual beli biasa-biasa taw. Bukan sekadar kita jual frame berkhat tulis asma ul husna, atau doa seribu dinar. 

Ianya mengandungi makna yang lebih. Dalam.

Asbabun Nuzul :
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Muhammad bin Ka’b al-Qurazhi bahwa ‘Abdullah bin Rawahah bertanya kepada Rasulullah saw dalam malam Aqabah.: “Apakah kewajiban-kewajiban terhadap Rabb dan diri tuan menurut kehendak tuan?” Rasul menjawab: “Aku telah menetapkan kewajiban terhadap Rabb-ku untuk beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya, sedang kewajiban-kewajiban terhadapku ialah agar kalian menjagaku sebagaimana kalian menjaga diri dan harta kalian.” Mereka berkata: “Apabila kami melaksanakan itu, apa bagian kami?” Beliau menjawab: “Surga.” Mereka berkata: “Perdagangan yang sangat menguntungkan. Kami tidak akan membatalkannya dan tidak akan minta dibatalkan. Ayat ini (Taubah: 111) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menegaskan bahwa Allah akan mengganti kerugian harta dan jiwa kaum Mukminin dengan surga.

Menurut Ibnu Kathir, ada beberapa hadis yang menguatkan lagi fikrah ayat ni bilamana Syamr ibnu Atiyyah mengatakan : 
Tiada seorang muslim pun melainkan pada lehernya terkalung baiat kepada Allah yang harus ia tunaikan atau ia mati dalam keadaan tidak menunaikannya.: Kemudian Syamr ibnu atiyyah membaca ayat 111 ni. Sebab itulah dikatakan bahawa barang siapa yang berangkat di jalan Allah, bererti dia telah berbaiat pada Allah. Dengan kata lain, Dia menerima transaksinya dan akan memenuhi balasannya. 

"...yang harus ia tunaikan atau ia mati dalam keadaan tidak menunaikannya.."

Nak kata kita hidup sebagai manusia memang tak ada pilihan. Sama ada mati dalam keadaan tak penuhi janji atau mati dalam keadaan Allah redha kerana kita sudah pun khalas ( habis ) dalam berbuat.

Menurut tafsir fi zilal, surah tawbah ni turun dalam 3 peringkat:

Peringkat pertama : Sebelum berlakunya perang Tabuk dalam bulan Rejab tahun ini
Peringkat kedua : Dalam tempoh persiapan untuk menghadapi perang dan juga semasa perang
Peringkat ketiga : Selepas kembali dari perang

MasyaAllah. Best la bila kita kaji menurut apa yang ditulis oleh as syahid Said Qutb bilamana dia kata bila seseorang tu masuk ke dalam agama Islam, dia dah terlibat dalam satu urusniaga. Allah sebagai pembeli dan orang beriman sebagai penjual, Ajaibnya bila mana sudahlah Allah yang memberikan modal, nafas, tubuh badan hatta segala benda yang ada di langit dan bumi pun sudah disiapkan. Sudahlah Dia beri keuntungan, hatta modal pun sudah disiapkan semata-mata nak manusia buat tujuan hidup. Said Qutb huraikan lagi, bila mana kita kata ia adalah satu urusjanji dengan Allah di mana orang Mukmin tu berjanji tidak akan menyimpan apa-apa pun baik dari segi jiwa raga dan harta untuk dia sendiri korbankan!


Tidak ada sisa sedikitpun yang tinggal melainkan semuanya diinfaqkan pada jalan Allah. Orang mukmin tersebut tidak ada apa-apa pilihan untuk menginfaq atau menyimpannya ! Sekali-kali tidak! Kerana ia merupakan urusniaga yang telah pun dibeli orang, hanya pembelinya yang bebas melakukan sesuka hatinya sedangkan penjual tiada apa-apa hak langsung selain berlalu dari situ tanpa berpaling ke mana-mana.

Tana berdebat
Tanpa berkata apa-apa selain menurut perintah
Tanpa berbincang

Yang ada hanyalah menyerahkan diri totally

 And dia buat semua ni hanya untuk kejar keuntungan yang paling besar iaitu Syurga Allah.

".. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.."

Menurut Ibnu Kathir, baik mereka membunuh atau terbunuh, atau mengalami keduanya sekali, maka sudah menjadi ketetapan bagi mereka untuk peroleh balasan syurga

".. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil, dan Al-Quran,."

Nak kata Allah kukuhkan lagi janji yang disebut, dan sebagai berita bahawa Allah telah mencatat janji yang telah Dia ikrarkan kepada diriNya sendiri, lalu diturunkan pada rasul melalui kita-kitabnya yang agung. 

".. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?.."

Sebab Allah tak akan pernah mungkir janji. Manusia yang mula dahulu untuk mungkir janji dan membatalkan perjanjian

Apa yang kita nampak, satu ayat ni completely menceritakan tentang baiah. Untuk mendapatkan syurga, baik harta dan jiwa wajib diberikan bukannya salah satu sahaja. Kalau kita kata nak infaqkan diri, kita tak perlu effort pun sebab benda tu dah memang sedia ada pada diri kita. Masa, tenaga buah fikiran,idea,anggota,usaha.

Kalau harta , kita perlu make effort untuk dapat macam kereta, rumah, air, elektrik, duit minyak

Allah kata dia nak beli dua-dua

Semua

Dan Allah tuntut kita ni terbunuh atau membunuh
Bukan sahaja kita nak mati syahid tapi kita sendiri sangguh membunuh dalam perang tu. Jadi adakah kita dah berjaya membunuh musuh-musuh terutama jahiliyah dalam diri?

Yang bukan asyik ambil safe action, untuk defend dan terus defend diri. 
Tapi kita pun kena attack !
Sebab hakikat terbunuh tu memang mudah, tapi untuk membunuh ia sangat sukar

sumber :
asbabun nuzul
tafsir ibnu kathir
fi zilalil quran