Sunday, May 28, 2017

Hamba Muttaqin , celupan Ramadhan

Ramadhan satu, satu empat tiga lapan hijrah

Setiap kali Ramadhan menjelma , seakan akan ada satu semangat baru yang menjengah ke dalam diri. Sukar untuk dimergetikan apa dan mengapa. Tapi aku mengakui hadiah daripada Tuhan ni tak patut disia-siakan. Ada sesuatu yang kita harus pelajari dari pembelajaran sekolah Ramadhan

Ianya adalah lebih dari sekadar menanti juadah apa akan dihidang untuk berbuka
Ianya lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga tengelamnya di senja hari

Dan bagi kita
Tentu adalah niat - niat suci yang kita sematkan dalam hati untuk kita berusaha ke arah nya sepanjang sebulan yang singkat ni

Ramadhan
Apakah itu Ramadhan?

Menurut Syeikh Syaukani dalam kitabnya Fathul Qadir, Ramadhan membawa dua maksud. Pertamanya panas dan terik matahari yang lebih dari bulan-bulan lain. Bumi menjadi lebih kering, matahari terasa lebih membakar.. Dan jikalau kita tak bersahur di bulan Ramadhan, penatnya seakan lebih lagi dari bulan lain ketika kita berpuasa sunat. Kurma akan masak dengan lebih ranum.

Dan Ramadhan juga bermaksud bermacam jenis kemaksiatan yang dibakar dengan ketaatan yang kita lakukan.

Ayat al Quran yang menyebut tentang puasa ini sangat mashyur. Sering kali dikupas, diulang dan dikongsi dalam corong corong radio, pentas pentas ceramah dan helaian kertas.

" Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.."
( al baqarah : 183)

Apa kaitan Ramadhan dan Taqwa?

La'allakum tattaqun- supaya kamu bertaqwa.
Perkataan la'alla tu menurut istilah nahu adalah sesuatu yang mungkin terjadi tetapi tidak semestinya akan terjadi. Bila kita mengimani ramadhan itu akan menghasilkan taqwa. Kita juga harus mengimani dalam ayat ini. Taqwa tu bukanlah sesuatu yang PASTI semua orang berpuasa akan dapat. Tapi ia adalah ayat harapan, ".. mudah mudahan kamu bertaqwa.."

Ramadhan ni boleh diumpakan seperti sebuah madrasah, sebuah sekolah. Ia adalah satu kursus intensif yang mana semua orang beriman wajib pergi kursus ni. Analoginya semua pelajar tingkatan 5 akan mengambil peperiksaan SPM. Dan lepas habis peperiksaan, semua orang sama ada gagal atau berjaya mereka akan keluar dari sekolah tu. Sebagai seorang alumni.

Sama juga dengan Ramadhan. Ia adalah sebuah madrasah. Dan ia akan menghasilkan dua jenis alumni. Kita semua puasa, berbuka dan sahur pada waktu yang sama. Menjalani sillabus yang sama. Bahan mengajar yang sama. Tapi akan ada alumni puasa yang gagal, ada yang berjaya.

Akan ada yang berjaya mencapai darjat taqwa
Akan ada yang gagal
Tapi harapan Allah adalah supaya kita berjaya.

Lalu jika gagal, apakah yang boleh diharapkan untuk bertahan pada 11 bulan akan datang ?

Ramadhan bulan ibadah. Senang sekali nak beribadah pada bulan ni. Mood mood yang ada pun adalah mood beribadah. Kalau pasangan yang bercinta akan duduk renggang renggang, nak buat maksiat rasa takut. Nak tengok cerita seksi sikit pon sanggup mujahadah. Rokok tak disentuh. Lidah akan dijaga. Tangan dan kaki cenderung untuk pergi ke tempat yang baik baik sahaja.

Mengapa ? Sebab ia adalah bulan untuk melatih diri kita patuh pada perintah Allah
Taqwa ni satu je yang kita kena pegang. sensitiviti untuk buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang.

Buat semua benda yang Allah suruh.
Tinggal semua benda yang Allah larang.
Titik.

Ketika puasa la semua ini dilatih
Lidah kita haus mintak diiisi air. Iman akan berkata " patuhlah perintah Allah"
Mata kita memberontak minta nak tengok benda bukan-bukan. Iman akan berkata " patuhlah perintah Allah"
Anggota kita akan meronta dan nafsu mula memberontak
Tapi iman kita akan berkata, " diamlah!! patuhlah perintah Allah"

Itulah yang membuatkan orang beriman ni boleh 'berpuasa'
Dan untuk membuktikan sebenarnya kita boleh je kawal hawa nafsu kita
Kita boleh je. Sangat boleh. Ramadhan membuktikannya
Malam kita yang selalunya dihiasi dengan kemalasan tapi ketika Ramadhan kenapa boleh je taraweh lama-lama?
Tiada satu bukti pun yang membuktikan hawa nafsu kita boleh menguasai diri kita, kecuali bagi orang yang merelakannya.

Dan ketika ramadhan inilah. Neraca taqwa itu berada di puncak
Bersedia untuk meresap dalam hati nurani kita sebagai bekal bulan akan datang yang lebih mencabar
Pabila masuk bulan syawal dan seterusnya, tiada lagi kewajipan puasa
Tiada lagi mujahadah bangun sahur
Tiada lagi perjalanan malam yang lama

Di saat itu, adakah kita masih bertahan untuk mencapai taqwa?

Dan bila disimak, ayat Ramadhan dan Taqwa ini dikaitkan dengan Al Quran.
Ramadhan sinonim dengan Al Quran. Bukan sahaja terkandung malam nuzul Quran bahkan mengandungi malam Lailatul Qadr
Mengapa Al Quran ni terbaik untuk diturunkan pada bulan Ramadhan
Terbaik di baca di bulan Ramadha

Hanya kerana satu sebab

Naluri ketaqwaan sangat tinggi pada bulan ini
Manusia berlumba untuk mengerjakan suruhan Allah dan tanpa kompromi bersedia meninggalkan larangannya

Mereka punya taqwa
Dan itulah syarat pertama , al quran boleh tembus ke hati - hati manusia
Untuk mengambil al quran, dan untuk quran memberi fungsinya sebagai mukjizat.
ia punya pra syarat

" inilah kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa'
(al baqarah :2)

Nah, syarat pertama dalam surah yang terawal ni sangat ketat. Hanya orang bertaqwa layak mengambilnya sebagai petunjuk. Dan sinonimlah mengapa taqwa yang dibina ketika Ramadhan menjadikan Quran sangat berbekas di hati pembacanya.

Kerana sebelum membacanya. Syarat itu sudah ditunaikan. Pembacanya telah berusaha untuk mejaga taqwa sebelum mencari apa lagi perintah Allah yang belum ditunaikan.

Itulah kaitan antara Puasa - Taqwa - Al Quran

Dan untuk persediaan menempuh bulan yang akan datang. Kita yang keluar sebagai graduan taqwa inilah yang akan berterusan mengambil manfaat dan berinteraksi dengan ayat Allah.

sumber : Fi Zilal Quran Surah Baqarah