Monday, January 30, 2017

Dzatiyah Dakwiah

Dzatiyah Dakwiah
Apa yang membezakan amal ini daripada Tarbiyah Dzatiyah?
Lihat lah perkataan Dzatiyah yang berada di hadapan terlebih dahulu

Dzatiyah ini adalah faktor penolak yang wujud dalam diri manusia. Tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran. Dan ia boleh dikatakan sebagai potensi yang wujud dalam setiap manusia.

Iya, setiap manusia pasti ada. Seperti yang disebut Allah Azza Wajalla di dalam surah Al A'raf :179

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Aneh, Bukankah manusia itu sifatnya mewarisi syurga?

"Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya" (Al Mukminun :11)

Tapi mengapa disebutkan juga manusia ni bakal menghuni neraka Jahannam?

Nah, jawapannya disebabkan dia tak menggunakan potensi yang dia ada, untuk Islam.

Potensi diri yang wujud dalam diri semua khalayak manusia ini adalah mata, telinga dan hati. Ia tidak digunakan sebaiknya untuk dakwah dan tarbiyyah. Bahkan digunakan untuk kemaksiatan.


Keadaan para du'at sekarang..

1. Majoriti dari kalangan para pendakwah, du'at dan ikhwah, mengikuti dakwah dari suasana jamaie.

Satu soalan yang wajib ditanya pada diri masing-masing

" Kalau aku berseorangan, adakah aku masih buat dakwah ini?"



Mari kita lihat kisah para Ikhwan Muslimin saat kekejaman Jamal Abd Naser rakus mengusir dan membuang ikhwan ke negara lain. Ada yang dibuang daerah, ada yang dibuang negeri, dan paling menyedihkan hingga terpaksa berhijrah ke negara lain kerana cengkaman dan kerasukan pimpinan taghut. Ada seorang Ikhwan yang telah berhijrah nun jauh di Pulau Tawi-Tawi, Filipina. Bayangkan, sebuah pulau terpencil. Macam tak pernah dengar nama tu . Bahasa asing, muka ganjil. Dan masih tegar mengembangkan dakwah di sana.

Itulah mindset yang wajib ada dalam diri semua du'at. Bahawa kita takkan selamanya ada di waqie, takkan selamanya ada di negeri kita. Tapi apa yang pasti adalah kita wajib bersedia untuk dicampak kemana pun. Jadi macam biji benih yang bersedia untuk tercampak ke tempat yang dibawa oleh angin.

2. Tolakan jemaah banyak membantu kita bangkit, bangun dan bertahan
Terlalu banyak kisah untuk dihidangkan, betapa ramai supporter yang akan setia menenangkan, memberi kata-kata semangat, menunjuk jalan dan langkah di saat kita terasa berat dengan dakwah. Namun pernah tak terbayang satu hari nanti, semua tu akan hilang?

Iya, tiada lagi murabbi depan mata
Tiada lagi usrahmate tempat mengadu masalah
Tiada lagi sharing-sharing basah dari ikhwah dan akhwat yang lain
 Lalu, di saat itu masihkah kita tegar dan tetap setia dengan dakwah?

Kerana seerah pernah membuktikan. Betapa ramainya orang yang lari dari dakwah, apabila tiada lagi tolakan dari orang lain. Tiada lagi pujukan dan kata-kata manis kader dakwah yang lain. Hatta semasa Nabi wafat, berduyun-duyun ramainya Muslim yang murtad dan lari dari perjuangan. Hingga yang tinggal adalah mereka yang dzatiyahnya benar-benar jelas kerana Allah.

3. Biah punca kita mudah beramal
Kewujudan Rumah Islam (RI), markaz, dan tempat-tempat yang memudahkan kita beramal, menghimpunkan jiwa2 yang ditarbiyyah ini, satu hari akan hilang. Lalu, tanpa biah, masih mudahkah untuk beramal?



4. Bersama-sama dapat jadikan kita tahu
Kita banyak dibantu oleh ikhwah yang lain. Bedah tafsir sana sini. Bedah buku berhari-hari. Bedah bahan itu, bedah bahan ini. Sehingga menjadikan kita lebih tahu banyak benda. Banyak manfaat yang dapat diambil dari perkongsian (taujihat) orang lain.

Lalu ,
Masalah sebenar akan berlaku ,
Apabila kita keseorangan.

Pilihan yang ada. Adakah masih berbuat di saat yang tinggal hanyalah diri sendiri dan diri juga lah yang harus memilih.

Itulah dzatiyah.

Dalam Al Quran , jelas menceritakan beberapa kisah figura yang mempunyai dzatiyah dakwiah yang kuat.

Kisah Hud-Hud (Surah An Naml)
Dia terbang sendirian dari daerah kerajaan Sulaiman mencari manusia yang masih tidak menyembah Allah. Lalu dijumpai kerajaan Balqis yang masih mensyirikkan Allah dan tak berpegang dengan agama tauhid. Hud-hud, hanya seekor burung kecil. Yang kudratnya taklah sekuat manusia. Namun disebabkan perasaan dan keinginan yang kuat, rela terbang beribu batu mencari mad'u

Kisah Rijal Yas'a ( Surah Yasin )
Kisah seorang lelaki dari hujung kota yang bersegera menemui kaumnya dan menyeru mereka supaya beriman. Hakikatnya dia hanya lah seorang tukang kayu (Habib An Najar). Tiada pangkat dan kemuliaan, yang ada hanyalah perasaan kasihkan umat dan tak sanggup melihat mereka kufur. Tiada siapa yang menyuruh. Malah sanggup mengambil risiko dibunuh

Kisah Mus'ab bin Umair
Tidak ada satu pintu pun yang tak diketuk di Madinah untuk menyampaikan La Ilaaha Illallah. Seorang pemuda yang sanggup melepaskan kekayaan dunia semata mata demi dakwah

Nah, begitu Quran mengajar kita

Dan mengapa Dzatiyah dalam Dakwah sangat penting ?

1. Allah pertanggungjawabkan segala amalan baik atau buruk, secara FARDHI (sendirian).
Semua balasan baik atau buruk, wajib tanggung dan wajib jawab sejak mukallaf. Jika ditanya, seberapa banyak disebut perkataan solat dan dakwah dalam al Quran? Tanggungjawab mana yang lebih banyak disebut? Maka yakinlah, seperti mana tiada siapa boleh tinggalkan solat, seperti itu juga umat islam tak boleh tinggalkan dakwah.
Sebab ia wajib!

Dalam Al Quran, 212 ayat cerita tentang solat. Di sana sini orang buat kursus untuk solat, bagaimana solat khusyuk, bagaimana solat sempurna. Which benda ni sangat bagus. Tapi alangkah bagus, jika manusia menitik beratkan persoalan dakwah persis seperti solat. Ada 587 ayat Quran yang ternyata lebih banyak dari solat, bercerita tentang dakwah !

Kalau kita sakit teruk mana pun tetap wajib solat, nah begitu juga dakwah.
Keadaan apa sekalipun, kena buat. Tiada kompromi, tiada alasan.

2. Setiap orang akan dihisab di Yaumul Akhir, secara sendirian

Lihat surah Maryam :88-95

Jangan berasa bangga dengan kerja yang dilakukan secara amal jamaie. Jika tiada langsung usaha kita di dalamnya. Kita takkan selamanya boleh berbangga dengan hasil yang telah berjaya dicapai hasil kerja berjemaah. Sedangkan kita sendiri tahu usaha kita tiadalah setara mana bahkan mungkin kita tidak berusaha pun.

Bersegera kepada Taat (Mubaadarah Ila Taat)
Dalam feqah , tidak boleh langsung bagi peluang kepada orang lain untuk mendahului kita dalam urusan ibadah. Tidak boleh langsung berpaling pada amal atau kata-kata orang lain. Jangan sampai disebabkan orang lain tak nak buat, maka kita pun tak nak.

Sebab itu, fastabiqul khairat ni Allah guna term fastabiq.
Berlumbalah kamu!

Mana ada orang yang nak kalah dalam any pertandingan
Semua pun mesti nak menang,

Jadi dzatiyah dakwiah ni akan melahirkan du'at yang sentiasa bersegera dalam dakwah. Sebab, ia adalah cara paling berjaya untuk menyebarkan agama dan akidah ini. Ini lah cara Nabi mentarbiyyah para sahabat. Hingga hari pertama masuk Islam pun, mereka sudah mampu mengetuk rumah orang dan mengajak mereka kepada Islam. Sebab mereka tahu, makin mereka make effort untuk sebarkan Islam, makin banyak saham akhirat mereka dapat.
Mereka tak tunggu orang lain buat
Tak harapkan orang lain
Semua atas inisiatif diri sendiri. Tak tunggu diketuk!

Dzatiyah Dakwiah juga akan melahirkan orang yang tak terlalu rigid dengan planning. Sesetengah dari kita hanya menunggu proper plan baru nak buat. Sepatutnya, buat je dulu. Menunggu kesempurnaan hanya akan menangguhkan amal.

Orang yang bermubaadarah akan mendapat begitu banyak keistimewaan dari segi pembinaan diri sendiri, pengalaman dan kematangan. Dan satu saat dia akan sedar, betapa sifat mubaadarah ni akan menyebabkan dia mendapat pahala yang begitu banyak di sisi Tuhan

Sesiapa yang bersegera beramal dalam kehidupan dunia,
Maka Allah akan menyegerakan dia melintasi titian Sirat.

Sejauh mana kita benar-benar berbuat atas tolakan iman?
Atau masih mengharapkan makhluk.

Moga bermanfaat



MUKTAMAR KITA
28 Januari 2017, USIM



Saturday, January 7, 2017

Hati sekokoh Badar, Uhud dan Ahzab

Tahun baru 2017
Dan post yang diharapkan aku bisa istiqomah.

Malam ni, jujur aku rasa sungguh kerdil di hadapan Tuhan
Benda yang aku sangat struggle kan
Menjadi struggle terbesar seseorang yang kemudian datang dalam hidup aku
Dan dia kata
" Akak, tolong saya"

**************************
Berserakan kedudukan dan posisi sahabat di medan perang
Sungguh Uhud, Badar dan Ahzab menjadi saksi
Ada yang digilis kuda, ada yang dikelar kulit
Darah,debu, peluh memercik ke tanah dan tubuh

Ya , itulah dia medan pembersihan para sahabat
Siapa kata sahabat tiada dosa yang mahu dibersihkan?
Tiada cela yang harus diperbaiki?Tapi begitulah cara Allah memperbaiki kesalahan yang lama bersarang akibat ikut-ikutan tradisi nenek moyang
Sifat-sifat yang langsung tak diingini Allah akan diperbaiki satu persatu, dengan al Quran.

Turun sahaja satu ayat, terus beriman para sahabat.
Dan medan peperangan adalah medan terbesar mereka ditegur direct
Badar menjadi medan pembersihan dari perasaan tamakkan harta dunia
Uhud menjadi bukti adakah setia dengan janji dan tak kabur dengan ghanimah(harta rampasan perang)
Ahzab pula berkisar adakah masih teguh dan tidak bersangka yang buruk pada Allah di saat hati mereka digoncang dengan goncangan yang maha dasyat.

Disingkap satu persatu jahiliyah yang bersarang dalam hati mereka. Hatta dalam Quran tanpa segan disebut siapa si fulan yang terjebak dalam dosa itu.Sebenarnya aku selalu rasa cemburu , dengan mereka yang jelasnya disebut dalam Quran atau Hadis. Betapa mereka bersyukur ditegur AWAL. Dan sempat untuk mengucapkan kata taubat sebelum tibanya hari di mana takkan diterima permintaan maaf dan ampun. Berbanding dengan kita, entah betul atau tidak apa tindakan yang kita buat ni. Kalau tak ditegur, lalailah sampai mati.




Umar ditegur
Abu Bakr ditegur
Lelaki yang berhijrah kerana ingin menikahi wanita yang ikut berhijrah itu disebut-sebut
Abu Dzar ditegur
Kaab bin Malik pun tak terlepas

Jadi, apa sebab kita nak rasa ralat bila Allah tegur kita?
At least Allah tak mention nama kita dalam Quran. Sebab Dia sangat tahu, kesalahan yang generasi terdahulu pernah lakukan, kita pun akan cenderung untuk buat. Itulah manusia kan. Mengapa menyalahkan ujian sedangkan hanya ujian akan mebuktikan adakah kita benar-benar beriman.

Aku sendiri tak jamin hati aku akan sekuat mereka , kalaulah aku hidup di celah-celah sahabat yang hidupnya warna warni dengan ujian.

Bila mana kita kata rindu diperhatikan, maka rinduilah juga untuk diuji, kerana itu tanda perhatian Tuhan pada hambaNya.

Dan itulah satu  sebab mengapa kalau diberi pilihan untuk menjadi hamba yang sebagaimana, aku nak pilih untuk jadi hamba yang betul-betul rapat dengan Quran. Sebab aku tahu, aku takkan dapat mendengar suaranya bila aku masih hidup kat dunia ni. Hanya Quran menjadi bukti dan mengandungi kata-kata Tuhan yang amat, amat, aku rindui.

Wahai generasi terdahulu
Kita telah pun terhubung oleh satu garisan masa. Dan dakwah ini tak akan pernah aku terfikir untuk melepaskannya. Kerna ia adalah cinta hatiku.


**************************
Dan aku hanya mampu balas
" Masih ada harapan , dan please jangan pernah putus asa dengan Tuhan"