Sunday, June 5, 2016

Of surah tawbah dan ruhnya (9 : 111)

Dalam surah tawbah, surah ke 9 yang menjadi tanda tanya kenapa tiada lafaz basmallah di awal surah ini. Terselit satu monolog. Nah, mungkin ada sesuatu tentang ruh surah ini, surah yang banyak menempelak golongan munafiq, golongan yang mungkir janji dan tidak menepati apa yang dikatakannya saat waktu genting. Dan juga menceritakan kisah taubat Si Kaab bin Malik yang sangat menguji bukan saja dia tapi Rasul dan sahabat.

Bila kita go through satu ayat special dalam surah ni, insyaAllah kita sama2 dalami beberapa sumber rujukan sahih yang menguatkan lagi kefahaman kita untuk terus berbuat

Kalau kita tengok dengan pandangan mata kasar, basically semua manusia yang baca Quran boleh jangka dan nampak yang ayat ni nak cerita tentang jual beli. Dia bukan jual beli biasa-biasa taw. Bukan sekadar kita jual frame berkhat tulis asma ul husna, atau doa seribu dinar. 

Ianya mengandungi makna yang lebih. Dalam.

Asbabun Nuzul :
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Muhammad bin Ka’b al-Qurazhi bahwa ‘Abdullah bin Rawahah bertanya kepada Rasulullah saw dalam malam Aqabah.: “Apakah kewajiban-kewajiban terhadap Rabb dan diri tuan menurut kehendak tuan?” Rasul menjawab: “Aku telah menetapkan kewajiban terhadap Rabb-ku untuk beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya, sedang kewajiban-kewajiban terhadapku ialah agar kalian menjagaku sebagaimana kalian menjaga diri dan harta kalian.” Mereka berkata: “Apabila kami melaksanakan itu, apa bagian kami?” Beliau menjawab: “Surga.” Mereka berkata: “Perdagangan yang sangat menguntungkan. Kami tidak akan membatalkannya dan tidak akan minta dibatalkan. Ayat ini (Taubah: 111) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menegaskan bahwa Allah akan mengganti kerugian harta dan jiwa kaum Mukminin dengan surga.

Menurut Ibnu Kathir, ada beberapa hadis yang menguatkan lagi fikrah ayat ni bilamana Syamr ibnu Atiyyah mengatakan : 
Tiada seorang muslim pun melainkan pada lehernya terkalung baiat kepada Allah yang harus ia tunaikan atau ia mati dalam keadaan tidak menunaikannya.: Kemudian Syamr ibnu atiyyah membaca ayat 111 ni. Sebab itulah dikatakan bahawa barang siapa yang berangkat di jalan Allah, bererti dia telah berbaiat pada Allah. Dengan kata lain, Dia menerima transaksinya dan akan memenuhi balasannya. 

"...yang harus ia tunaikan atau ia mati dalam keadaan tidak menunaikannya.."

Nak kata kita hidup sebagai manusia memang tak ada pilihan. Sama ada mati dalam keadaan tak penuhi janji atau mati dalam keadaan Allah redha kerana kita sudah pun khalas ( habis ) dalam berbuat.

Menurut tafsir fi zilal, surah tawbah ni turun dalam 3 peringkat:

Peringkat pertama : Sebelum berlakunya perang Tabuk dalam bulan Rejab tahun ini
Peringkat kedua : Dalam tempoh persiapan untuk menghadapi perang dan juga semasa perang
Peringkat ketiga : Selepas kembali dari perang

MasyaAllah. Best la bila kita kaji menurut apa yang ditulis oleh as syahid Said Qutb bilamana dia kata bila seseorang tu masuk ke dalam agama Islam, dia dah terlibat dalam satu urusniaga. Allah sebagai pembeli dan orang beriman sebagai penjual, Ajaibnya bila mana sudahlah Allah yang memberikan modal, nafas, tubuh badan hatta segala benda yang ada di langit dan bumi pun sudah disiapkan. Sudahlah Dia beri keuntungan, hatta modal pun sudah disiapkan semata-mata nak manusia buat tujuan hidup. Said Qutb huraikan lagi, bila mana kita kata ia adalah satu urusjanji dengan Allah di mana orang Mukmin tu berjanji tidak akan menyimpan apa-apa pun baik dari segi jiwa raga dan harta untuk dia sendiri korbankan!


Tidak ada sisa sedikitpun yang tinggal melainkan semuanya diinfaqkan pada jalan Allah. Orang mukmin tersebut tidak ada apa-apa pilihan untuk menginfaq atau menyimpannya ! Sekali-kali tidak! Kerana ia merupakan urusniaga yang telah pun dibeli orang, hanya pembelinya yang bebas melakukan sesuka hatinya sedangkan penjual tiada apa-apa hak langsung selain berlalu dari situ tanpa berpaling ke mana-mana.

Tana berdebat
Tanpa berkata apa-apa selain menurut perintah
Tanpa berbincang

Yang ada hanyalah menyerahkan diri totally

 And dia buat semua ni hanya untuk kejar keuntungan yang paling besar iaitu Syurga Allah.

".. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.."

Menurut Ibnu Kathir, baik mereka membunuh atau terbunuh, atau mengalami keduanya sekali, maka sudah menjadi ketetapan bagi mereka untuk peroleh balasan syurga

".. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil, dan Al-Quran,."

Nak kata Allah kukuhkan lagi janji yang disebut, dan sebagai berita bahawa Allah telah mencatat janji yang telah Dia ikrarkan kepada diriNya sendiri, lalu diturunkan pada rasul melalui kita-kitabnya yang agung. 

".. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?.."

Sebab Allah tak akan pernah mungkir janji. Manusia yang mula dahulu untuk mungkir janji dan membatalkan perjanjian

Apa yang kita nampak, satu ayat ni completely menceritakan tentang baiah. Untuk mendapatkan syurga, baik harta dan jiwa wajib diberikan bukannya salah satu sahaja. Kalau kita kata nak infaqkan diri, kita tak perlu effort pun sebab benda tu dah memang sedia ada pada diri kita. Masa, tenaga buah fikiran,idea,anggota,usaha.

Kalau harta , kita perlu make effort untuk dapat macam kereta, rumah, air, elektrik, duit minyak

Allah kata dia nak beli dua-dua

Semua

Dan Allah tuntut kita ni terbunuh atau membunuh
Bukan sahaja kita nak mati syahid tapi kita sendiri sangguh membunuh dalam perang tu. Jadi adakah kita dah berjaya membunuh musuh-musuh terutama jahiliyah dalam diri?

Yang bukan asyik ambil safe action, untuk defend dan terus defend diri. 
Tapi kita pun kena attack !
Sebab hakikat terbunuh tu memang mudah, tapi untuk membunuh ia sangat sukar

sumber :
asbabun nuzul
tafsir ibnu kathir
fi zilalil quran

No comments:

Post a Comment